Rabu, 11 Februari 2009

Luis Felipe Scolari dan "Sexy Government"..

Saya agak terkejut apabila mendengar breaking news tentang pemecatan pengurus kelab bolasepak Chelsea,Luis Felipe Scolari dua hari yang lalu.Rasa terkejut itu lebih dirasakan berbanding rasa terkejut melihat kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di Perak...dan perasaan terkejut itu lebih kuat berbanding rasa terkejut dengan komen Karpal Singh yang mempertikaikan kewibawaan Anwar Ibrahim sebagai penghulunya dalam Pakatan Rakyat.Bila datang yang hak,yang batil akan gugur dengan sendirinya tanpa diminta-minta!
Mungkin ramai yang tahu,terutamanya yang mengikuti perkembangan bolasepak Inggeris,Scolari dipecat hanya selepas mengambilalih pasukan itu kurang daripada setahun.Sebagai pengurus yang mempunyai midas touch dan pernah membimbing pasukan Brazil memenangi Piala Dunia,ekspektasi peminat adalah sangat tinggi ketika itu untuk melihat Scolari menerapkan gaya permainan "sexy-flowing attacking football" seperti yang diharapkan pemilik Chelsea,Roman Abramovich.Keputusan yang agak "seksi" di awal musim Liga Inggeris sedikit sebanyak telah meyakinkan ramai pihak bahawa Scolari is the man.Seperti kata Morpheus dalam filem Matrix,"he's the one..."Tapi panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan juga akhirnya di tengah hari...Chelsea yang bermula mantap mula fragile dipertengahan musim.Kemerosotan demi kemerosotan menyebabkan peminat Chelsea mula sakit hati dengan Scolari.Mereka mula mempersoalkan kewibawaan Scolari.Malah ada yang berpendapat bahawa Scolari sebenarnya tidak sesuai berada di Liga Inggeris yang "mahal".Berada di suatu tempat yang 'mahal' bermakna kita harus mempersembahkan sesuatu yang 'mahal' pula kata mereka!.
Kenapa tiba-tiba bercakap tentang Scolari.Apa kaitan?Eh..nanti dulu...jgn terburu-buru,nanti buntu akhirnya haru baru..siapa yang nak membantuuu..!Orang selalu tidak mengendahkan malah kadang-kadang memperkecilkan benda-benda kecil.Orang tidak berminat dengan perkataan pekebun kecil,peniaga kecil,'orang kecil',bisnes kecil,pangkat kecil...orang sukakan perkataan yang besar..orang besar,pangkat besar,projek besar,perempuan 'besar'...tapi benda kecil menyimpan hikmah yang sangat besar.Pasal itulah Islam menyuruh umatnya bersederhana..jangan ingat yang besar-besar sahaja.Sejarah telah menunjukkan,ketika berlaku peristiwa Hijrah misalnya banyak watak-watak kecil yang diangkat Allah swt untuk menjalankan peranan yang besar.Ketika Nabi saw diburu oleh kafirun Mekah,orang yang menggantikan tempat tidur baginda ialah seorang budak kecil yang bernama Ali bin Abi Talib.Kerana jasanya itu dia diangkat ke tahap Karamallahu wajhah-wajah yang dimuliakan!Ingat pula ketika Nabi saw dan Abu Bakar bersembunyi di sebuah gua dan dikepung oleh tentera musyrikin Mekah,Allah boleh sahaja menghantar segerombolan gajah,harimau,singa kalau Dia mau untuk membantu Nabi.Tapi dengan hikmah dan kebijaksanaanNya,Dia hanya menghantar makhluk kecil bernama labah-labah untuk membuat sarang di pintu gua dan tentera kafir pun beredar kerana berasakan Nabi tidak berada di situ.Besarnya jasa labah-labah tapi orang Islam tak nak memikirkannya...yang memikirkannya ialah pengarah-pengarah di Hollywood yang telah menjadikan labah-labah sebagai ikon superhero mereka...Maka lahirlah spiderman..
Spiderman,si superhero yang tangkas melompat ke sana sini.Tapi spiderman bukan hanya ada di Hollywood sahaja..kita juga ada spiderman,manusia superhero yang tangkas melompat ke sana sini di Malaysia.Kerana bantuan spiderman-spiderman ini,kerajaan BN ditegakkan di Perak..apa Pakatan Rakyat tak sakit hati...tapi buat apa nak sakit hati,spiderman-spiderman ini hendak berbakti kepada masyarakat..itu jerr!..dan untuk berbakti mereka harus berkorban kerana pengorbanan adalah mustahak kalau hendak jadi seorang superhero.Kalau Pakatan Rakyat juga terasa hendak menjadi superhero,mereka juga harus berkorban..berkorban melepaskan kuasa yang sudah minoriti.Mereka harus sedar,dalam sistem demokrasi..the only big thing is the majority..minoriti dianggap bukan aspirasi rakyat.Sudah-sudahlah,terimalah hakikat...orang putih cakap giving up doesn't always mean you are weak…sometimes it means that you are strong enough to let go..Kalau nak kelihatan sebagai pejuang yang bermaruah,PR harus berhenti buat kerja mengarut dan pergi baiat kerajaan Barisan Nasional..
Saya mengandaikan bahawa Pakatan Rakyat sudah jadi macam nasib Luis Felipe Scolari.Ketika menubuhkan kerajaan dahulu di lima negeri,rakyat ingin melihat suatu perubahan yang "seksi" dilaksanakan di negeri-negeri tersebut seperti juga Scolari yang diharapkan mampu menghidangkan sexy football kepada peminat-peminat Chelsea.Namun,seperti juga Scolari yang dikatakan fragile untuk berada di liga yang "mahal" begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang nampaknya gagal memenuhi ekspektasi rakyat keseluruhannya mahupun wakil-wakil rakyatnya sendiri.Tidak ada perubahan mahupun produk yang SEXY pun yang boleh dibanggakan yang dihasilkan oleh mereka.Dan apabila beberapa wakil rakyat PR di Perak mengambil keputusan untuk menyebelahi BN sehingga hilangnya kerusi MB Nizar dan hilangnya keistimewaan untuk menaiki Toyota Camry,dan Karpal Singh mula meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Anwar Ibrahim sebagai kepala PR..saya hanya mampu tersenyum.Drama apa ini...?Bukankah ini pakatan yang mengaku membawa revolusi dalam arena politik di Malaysia..bukankah ini juga pakatan yang sama yang mengaku akan mengambilalih kerajaan Malaysia pada 16 September dan bukankah ini juga pakatan yang melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin terbaik(sorry sket..insan terbaik hanya Nabi saw..rahmatan lil 'alamin...) bagi Pakatan Rakyat walaupun mereka sedar dan sedar sesedarnya yang mereka pernah 'diludahi' oleh Anwar ketika beliau masih dalam kerajaan..dan bukankah,ya pakatan inilah juga yang mengaku mereka lebih baik dari BN dan mahu BN belajar bagaimana hendak menjadi pakatan dari mereka..sekarang tiba-tiba kecoh satu alam saling salah-menyalahi apa kes..!Siapa yang harus belajar dari siapa..siapa yang lebih baik dari siapa..?Tepuk dada..tanyalah selera sendiri..
"Politicians and diapers have one thing in common --- they both should be changed regularly and for the same reason!"
Lupakan tentang itu kerana sekarang saya lebih teruja menantikan siapa pengurus Chelsea yang seterusnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan