Sabtu, 7 Mac 2009

Derhaka "Tuhanku"..Derhaka "Tuanku"

Semakin lama kita mengikuti drama kemelut politik di Perak,semakin kita dapat merasakan drama ini tiada penghujungnya.Ini sudah jadi macam filem Hindustan.Konflik takkan berakhir tanpa kemunculan hero yang akan menewaskan watak-watak jahat dan seterusnya si heroin akan berlari-lari mendapatkan si hero yang gagah.Alangkah indahnya jika segalanya mudah seperti dalam filem.Tapi dalam filem lain.Dialog dan skrip sudah tersedia.Maka endingnya juga sudah boleh diramal.Cuma terserah kepada penulis skrip sama ada mahukan happy ending ataupun pengakhiran yang anti klimaks.

Tapi kita tidak hidup dalam filem.Kita hidup di alam realiti.Kita adalah pelakon yang berlakon mengikut skrip sunnahtullah-segalanya sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa!Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku,tapi Tuhan sekurang-kurangnya telah memberi kita petunjuk yang jelas:

“Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya” – maksud ayat Al-Quran

Angkara tangan-tangan siapakah yang sebenarnya telah menjerumuskan Perak ke dalam krisis politik yang paling “melucukan” yang pernah berlaku dalam negara kita.Adakah ini suratan atau kebetulan macam lagu Kenny,Remy,Martin ataupun adakah ini tanda Tuhan sudah murka dengan kita kerana “derhaka” mengabaikan tugas amar makruf nahi munkar dan hanyut dengan nafsu duniawi maka diturunkan musibah ini sebagai ‘wake up call’.Fikir dan berfikirlah…kerana berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat seribu tahun.

Kita hairan bagaimana sebuah pakatan yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat,pakatan yang memperjuangkan konsep ‘rule of law’ –negara undang-undang,sebuah pakatan yang katanya ingin memperjuangkan keadilan,sebuah pakatan yang berjanji akan memerangi rasuah dan sebuah pakatan yang kononnya akan membawa revolusi dalam politik negara..Eh!biar betul..betulkah hendak membawa revolusi.Kalau menderhaka kepada Sultan dianggap sebagai revolusi,melanggar undang-undang dan perlembagaan negara dianggap sebagai revolusi,menganjurkan demonstrasi jalanan dianggap sebagai revolusi …sorry…Pakatan Rakyat tidak layak memperjuangkannya apa lagi menyebutnya sebagai inti perjuangan mereka kerana dari segala tindakan hilang akal mereka,mereka tidak membawa apa-apa revolusi tapi sebaliknya membawa pemikiran rakyat Malaysia selangkah ke belakang.

Ingatkah kita dengan insiden bersidang bawah pokok.Mana hendak sorok muka rakyat Malaysia yang sudah merdeka 52 tahun,mempunyai pencakar langit yang tertinggi di dunia tapi rakyatnya masih menerima suatu sistem dimana ADUN-ADUN nya bersidang bawah pokok!Apa beza perbuatan ini dengan aktiviti kita main guli di bawah pokok semasa kecil…Sekurang-kurangnya,bermain guli tak perlu perkenan baginda Sultan,tidak seperti persidangan DUN yang perlu mohon perkenan Sultan dan baginda Sultan pula mempunyai kuasa mutlak samada berkenan memanggil persidangan mahupun tidak.Takkan konsep semudah ini pun tak boleh difahami..mana pergi tamadun beb!Takkan kerana hilang kerajaan kepada Barisan Nasional,akal pun turut sama hilang…

Inilah politik tidak gentlemen Pakatan Rakyat di Perak.Segala-galanya adil bila mereka menang tapi mencelakakan semuanya apabila mereka kalah.Nasib baik Pemuda UMNO tidak hilang akal apabila Karpal Singh melabel Pemuda UMNO celaka…mulut kena jaga brother…Lu taukah siapa UMNO?Lupakah ‘kekuatan’ UMNO itu yang telah memerdekakan Malaysia dari dari kuasa imperialis British.British pun boleh tumbang dengan aura UMNO inikan pula cicak mangkarung yang bernama Karpal Singh yang cuma berani melabel Pemuda UMNO celaka dengan kekebalannya sebagai Ahli Parlimen yang berucap di Parlimen.Karpal Singh mungkin merasakan tidak salah dari segi undang-undang untuk menyaman Sultan Perak tapi bagaimana dari segi etika…sikap!Ingat…dan ingatlah…yang memungkinkan Karpal Singh menjadi warganegara Malaysia selepas 31 Ogos 1957 adalah atas jasa perkenan Raja-raja Melayu dan bukan oleh pihak British.Bila lagi hendak bersyukur!

Baginda Sultan tentunya kecewa dengan perkembangan di Perak.Orang Melayu dulu-dulu percaya dengan ‘tulah’ Sultan…bagaimana dengan orang Melayu yang merempuh ke istana Perak dan juga ADUN-ADUN yang bersidang di bawah pokok.Adakah mereka percaya dengan tulah Sultan…kalau percaya cepat-cepatlah bertaubat.Apakah kita tidak sedar,Sultan Perak sudah jadi pihak yang teraniaya dan doa orang yang teraniaya makbul!Sendiri buat..sendiri mau ingatlah..!

Selasa, 3 Mac 2009

Hendak Ke Mana Kita?

Ketika menonton siaran berita tentang bagaimana penyokong Pakatan Rakyat menggila di Perak dan aksi 'mencuit hati' ADUN-ADUN PR yang bersidang di bawah pokok kayu tiba-tiba minat terarah untuk menghabiskan bacaan tentang Protokol-Protokol Mesyuarat Para Cendekiawan Zionis yang kalau saya boleh terjemahkan adalah seperti berikut:
Bagi mengalihkan perhatian golongan yang mungkin menimbulkan kekacauan dari memperbincangkan persoalan-persoalan politikal,kita pada masa ini sedang mengenengahkan apa yang kita katakan sebagai persoalan baru di dalam politikal iaitu persoalan industri.Di dalam bidang ini,biarkanlah mereka membincangkannya sesuka hati mereka!Orang ramai bersetuju untuk kekal tidak aktif,untuk berehat dari campurtangan dalam apa yang mereka anggap sebagai aktiviti politik (Kitalah yang telah melatih mereka untuk campurtangan dalam hal politikal sebagai salah satu cara untuk menentang kerajaan goy) tetapi dengan syarat mereka diberikan sesuatu pengisian baru,yang mana kita berikan kepada mereka sesuatu yang kelihatan seperti objek politikal yang sama.
Agar orang ramai itu sendiri tidak dapat mengagak apa yang sebenarnya diberikan kepada mereka,kita akan terus mengalih perhatian mereka daripadanya dengan hiburan-hiburan,permainan-permainan,hobi-hobi,keghairahan,istana-istana rakyat....Tidak lama kemudian,di akhbar-akhbar kita akan mula menganjurkan peraduan-peraduan di dalam bidang kesenian,kesukanan dan yang sepertinya:minat di dalam perkara-perkara ini akan dapat mengalihkan perhatian mereka daripada persoalan yang mungkin memaksa kita untuk menyanggahnya.Semakin tidak dibiasakan untuk bertindak balas dan membentuk pendapat sendiri,orang ramai akan mula bercakap dalam nada yang sama seperti kita,kerana kita sahajalah yang akan memberikan mereka aliran baru untuk pendapat.....tentulah,melalui orang yang tidak akan disyaki bersepakat dengan kita.
(Perkara XIII-3)
Syeikhpizzy : Tertanya-tanya...di mana arah kita?