Isnin, 9 Februari 2009

Berwibawa?Terbawa-bawa?..Perasaan dan Perasan!

Jenuh mengikuti drama "lompat melompat" yang berlaku dalam politik Perak sepanjang minggu lalu.Apa ada dengan satu lompatan.Eh,jangan main-main..Ini bukan lompat melompat biasa.Bukan juga lagu "katak si katak lompat.." yang biasa kita dengar.Ini lompatan yang ada kelasass...ada harga!Dengan satu "lompatan",kerajaan Pakatan Rakyat hilang kerajaan di Perak.Belum sampai satu tahun memerintah,belum sampai dua bulan bergaya dengan Toyota Camry...kuasa sudah ditarik oleh Kuasa Yang Lebih Berkuasa!Mana Datuk Nizar tak sakit hati.Karpal Singh pula sudah hilang akal sanggup menyaman Sultan Perak.Mana pergi rasionalisme dalam berpolitik.Kenapa perlu emosional sangat.Sultan Perak bukan cicak mengkarung yang tidak tahu apa-apa tentang undang-undang dan perlembagaan macam penyokong PAS yang sanggup membelakangkan ajaran agama dan undang-undang kerana tamakkan kuasa.Pakai songkok..pakai serban (Islam kosmetik?) tapi pergi berdemonstrasi membuat huru hara buat apa-Bersederhana adalah sebaik-baik amalan!Baginda adalah mantan Ketua Hakim Negara yang tahu tentang undang-undang dan prosedur peralihan kuasa yang betul.Yang tak tahu prosedur siapa?Yang suka menang dengan 'main belakang' siapa?Yang cakap mampu menarik 31 Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat siapa?Sekarang bila idea "lompat-melompat" backfire mereka,tak puas hati apasal..Paku dulang paku serpih,cakap orang dia yang lebih!
Ketika sibuk memikirkan tentang tragedi lompat-melompat,tiba-tiba minda teringat kata-kata Nabi bahawa tidak ada sial pada bulan Safar.Minggu lalu adalah minggu kedua bulan Safar dalam kalender Islam.Datuk Nizar percaya ke dengan kata-kata tu?Kalau percaya..Datuk Nizar harus redha denga ketentuan Yang Maha Kuasa.Hilang kuasa,hilang kerajaan - its no big deal..it's part and parcel of politic.Dunia belum kiamat walaupun kehilangan kuasa.Saidina Ali pernah kehilangan kerajaan kepada Muawiyah.Akhirnya,orang Islam berpecah belah.Adakah Datuk Nizar,ahli politik PAS yang memperjuangkan Islam sanggup melihat orang-orang Islam di Malaysia berpecah-belah atas sebab yang sama juga.Walaupun sudah dititahkan meletakkan jawatan,Nizar nampaknya tidak mahu berganjak daripada kerusi MB.Saya adalah MB yang dipilih oleh rakyat katanya.Kerajaan saya adalah kerajaan yang dipilih rakyat!Biar betul Nizar...betulkah awak dipilih rakyat.Anda harus sedar,anda bukan pilihan sebenar DAP untuk menjadi MB di Perak.Tapi ihsan Sultan Perak yang nakkan orang Melayu Islam sebagai MB Perak yang meletakkan awak di kerusi Menteri Besar!Datuk Nizar seharusnya bersyukur dan bukan berterusan "mohon derhaka" kepada Sultan Perak..Semakin kerap mengaku sebagai MB berwibawa yang mendapat mandat rakyat,semakin orang lain merasakan mantan MB terbawa-bawa dengan sikap perasannya.
Mungkin orang yang paling gembira sekali dengan perkembangan di Perak ialah Pengerusi Barisan Nasional Perak,Dato Seri Najib bin Razak.Najib sudah jadi hero.Belum menduduki kerusi Perdana Menteri,Presiden UMNO dan Pengerusi BN sudah mampu membawa kejayaan yang membanggakan kepada BN.Orang mungkin mempersoalkan cara?Tapi...orang kita memang jaguh dengan REALPOLITIK dari dulu..no big deal..yang penting rakyat Perak gembira dan hidup aman,itu lebih dari cukup. Najib sudah jadi macam Amru al-As yang berjaya membawa title khalifah dari Saidina Ali kepada Muawiyah dengan muslihatnya.
Diharapkan peluang yang diberikan kepada kerajaan BN untuk sekali lagi memerintah Perak akan digunakan sebaik-baiknya oleh mereka.Memerintah dengan penuh hikmah dan bukan dengan nafsu untuk melahirkan tokeh2 Melayu baru!.Sebagai ahli UMNO yang paling setia dan original,saya juga ingin melihat UMNO diangkat semula dan terus releven dalam arena politik Malaysia.
Lompat si katak lompat..akhirnya masuk ke kandang BN jua!

1 ulasan:

  1. Syabas atas usaha blog saudara. Semoga ini akan menjadi wadah untuk mematangkan diri dalam memimpin pembaca kepada kebaikan.

    BalasPadam