Isnin, 23 Februari 2009

Machiavellianisme dan Realisme Politik Malaysia


Machiavelli (1):

“Jadi patutlah diperhatikan bahawa apabila seseorang merampas kuasa di dalam satu negeri dia patut membuat keputusan tentang kekejaman yang perlu dilakukan,dan melksanakan semuanya sekali serta merta,supaya dia tidak terpaksa memperbaharui tindakan kejamnya hari demi hari.Setelah semua ini selesai,dia bolehlah mendapatkan ketaatan rakyatnya dan memperoleh kecintaan mereka menerusi kebaikan dan pengurniaan faedah.” (Dari buku
The Prince)

Machiavelli (2):

“Nasib ialah seorang wanita dan mesti diserang dan dipukul kiranya anda mahu terus menguasainya.Dan dapat (kita) perhatikan bahawa ia lebih rela menyerah kepada yang gagah daripada yang lemah.Seterusnya,seperti seorang wanita,ia lebih suka lelaki muda,kerana mereka lebih tidak cermat,lebih bertenaga,dan lebih nekad dalam tuntutan mereka.” (The Prince,hal.124)

Machiavelli (3):

“Saya hanya mahu mengatakan setakat ini bahawa saya tidak menganggap penipuan itu terpuji apabila ia melibatkan mungkir janji atau melanggar sesuatu perjanjian;kerana walaupun kerajaan dan negara kadangkala diperolehi dengan cara ini,seperti yang telah kita nyatakan di atas,anda tidak sekali-kali akan memperolehi kegemilangan yang sebanarnya menerusi cara begitu.” (Discourses I,hal.189)

Machiavelli (4):

“…rakyat mempunyai perhitungan yang lebih terselaras,kebijaksanaan yang lebih (tinggi) dan pertimbangan yang lebih waras daripada seorang pemerintah…sekiranya mereka mendengar dua orang pemidato yang sama pintar berdebat tentang sesuatu persoalan,mereka tentu hampir tidak dapat tidak akan memilih bahagian yang lebih baik,dan mengenali kebenaran apabila mereka mendengarnya.” (Discources I,hal.218)

Syeikhpizzy: Seronok tengok gelagat ahli politik di Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan